PERIHAL [About]

Menulis atau nak buat ayat nak jentik hati pembaca untuk membeli di alam cyber bukan semudah tulis alamat rumah sendiri tau. Jangan kata alamat, kalau tetiba diminta tulis karangan satu kertas A4 pun boleh  jadi jem kejung sebab tak pernah tekan keyboard nak tulis sebegitu. Mau semput sekejap dan juling. Kalau boleh ‘outsource memang dah buat dah. Sanggup bayar orang tulis kalaulah ada orang yang boleh.

Itulah yang Si Pari-Pari Kata nak kongsikan di blog ini. Macam mana menulis dalam zaman sekarang bila berniaga di Facebook dan Instagram. Mengayat di alam cyber macam Facebook dan Instagram untuk orang terpikat dan membeli. Ayat-ayat ‘power‘ yang tak menjual walaupun pada hakikat sebenarnya nak menjual tak hengat! Skil mengayat ni bukan tahap budak weChat. Itu pasti. Ini yang dah masuk level Copywriting. Cuma formula ni dah langgar semua hukum nahu laras apa benda semua tu sebab yang penting nak ayat prospek membeli dan duit dia masuk poket kita.

Jangan nak kecam-kecam kalau bahasa kat sini.. tak macam yang dewan apa tu suruh buat atau masa amik exam penulisan tau. Kalau nak tulis macam dalam buku – itu kena buka blog lain la nampaknya.

Faham ke faham?

Signed-off bye bye

SPPK