BENDA APA ‘COPYWRITING’ NI?

Amaran! Jangan gunakan tips atau pendekatan di bawah untuk tujuan peperiksaan atau temuduga pekerjaan di kebanyakan organisasi ya!

 

Dah kenapa semua orang berniaga terutamanya yang online dok pening sebut susahnya nak buat copywriting, dan ada juga yang sampai bergaduh-gaduh pasal copywriting mereka kena tiru, kena copy & paste bagai…

 

Apa benda sebenarnya copywriting ni?

 

Dalam istilah yang betul, copywriting ditakrifkan sebagai bahan penulisan bagi tujuan menarik perhatian pelanggan/ audien untuk membeli sesuatu yang dijual oleh pemilik iklan itu. Ya, iklan kata kuncinya.

 

Copywriting adalah seni menulis bahan iklan. Pendek atau panjang tidak menjadi persoalannya. Ia boleh ditulis dalam bentuk ayat. Boleh dalam bentuk video atau dalam bentuk imej pegun (still photo) atau gabungan ketiga-tiganya serentak

 

Copywriting diperlukan perniagaan untuk membuat hebahan maklumat, mendidik pelanggan mengenai manfaat produk, berkongsi kisah pengajaran dan sebagainya dengan matlamat akhirnya untuk mengajak audien atau pelanggan membuat keputusan untuk membeli. Beli apa? Beli produk yang diiklankan atau membeli apa juga tindakan yang iklan sedang promosikan seperti minta audien Like page atau Follow page.

 

Al kisahnya…

 

Dah tu susah ke nak buat copywriting ni? Tulis je lah kan?

 

Cuba taip 3 ayat mengenai apa sahaja sekarang. Jangan menung atau tanya kenapa. Buat je. Taip 3 ayat ringkas mengenai apa sahaja. Buat sekarang.

 

Saya dah habis taip 3 ayat di atas selepas meminta anda taip 3 ayat apa sahaja tadi. Ayat-ayat saya adalah seperti berikut:

  1. Jangan menung atau tanya kenapa.
  2. Buat je.
  3. Taip 3 ayat ringkas mengenai apa sahaja.

 

Nampak tak 3 ayat itu?

 

Senang ke senang?

 

Itu saya bagi contoh tulis ayat ringkas mengenai apa sahaja. Boleh ke boleh?

 

Sekarang cuba tulis 3 ayat mengenai produk anda. Ambil 1 sahaja produk anda depan mata dan buat 3 ayat mengenai manfaat atau kebaikan produk anda kepada audien atau pelanggan. Buat sekarang.

 

  1. Seledang ini tidak mudah kedut atau ronyok.
  2. Selendang ini mudah dipakai.
  3. Selendang ini tidak akan membuatkan telinga anda ‘bengang’ atau pekak apabila dipakai.

 

Di atas itu 3 ayat yang saya tulis mengenai produk yang saya jual iaitu selendang yang diimport dari luar negara. Saya telah senaraikan 3 kebaikan mengenai selendang yang saya jual sebaik sahaja saya minta anda tulis tadi. Tanpa berfikir panjang saya menaip sebab saya kenal produk saya.

 

Tetapi bagi saya menulis seperti 3 ayat di atas itu belum cukup power. Sebab tulis macam tu tak membuatkan audien atau pelanggan saya mengambil tindakan membelinya. Mereka baca ke? Entah. Tak tahu. Sebab saya tak dapat tanya mereka. Perlu ke saya tanya? Tak perlu sebab saya hanya nak menjual. Bukan nak dapat A++ dalam exam karangan.

 

Maka bermulalah kesukaran untuk menulis ayat iklan atau membuat copywriting yang menyengat dan berbisa yang bermain dengan emosi audien dan akhirnya membuatkan mereka memutuskan untuk membeli.

 

Kerana sebab musabab inilah, copywriting menjadi igauan ramai peniaga di online sekarang kerana di Malaysia, audien atau pelanggan di Facebook terutamanya, amat terpengaruh dengan teknik copywriting tertentu. Tidak kurang juga di Instagram di mana ayat-ayat iklan yang power lagi berbisa mampu memberikan impak kepada keputusan pembelian pelanggan di Malaysia. Kita tengok contoh Facebook De’xandra ni… ada minimum 2 set copywriting dalam 1 post. Rujuk nota saya dalam tulisan berwarna merah di bawah ini.

 

Cth_FB_Dexandar2
[Kredit: FB De’xandra HQ]

 

Pendek kata, audien Instagram dan Facebook di Malaysia berjaya dipengaruhi oleh teknik copywriting tertentu. Tak percaya pergilah kaji. Saya telah melaburkan masa selama lebih 3 tahun mendalami dan menghayati mengapa perniagaan online menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube di Malaysia menghasilkan usahawan yang luar biasa. Aneh tetapi benar. tengok 2 contoh lagi seni copywriting ringkas oleh usahawan berjaya seperti Asutrakk dan Duckscarves melalui Instagram di bawah.

 

Cth_IG_Assutrakk2
[Kredit: IG Assutrakk]

 

 

Cth_IG_Duck2
[Kredit: IG Duckscarves]

 

Dalam penulisan atau membuat copywriting ini, antara yang saya temui dalam pemerhatian saya termasuklah:

 

  • Nahu atau tatabahasa semua tak penting.
  • Bahasa rojak.
  • Tanda bacaan guna ikut peraturan masyarakat netizen.
  • Kuasa video lebih besar memberi impak dalam keputusan pembelian.

 

Jangan nak sentap sangat!

 

Pokok pangkalnya dalam perniagaan terutamanya mereka yang dalam peringkat ‘start-up’, tidak boleh membelenggu perniagaan dengan banyak syarat-syarat besar seperti gunakanlah bahasa penulisan rasmi yang betul; menulis lah dengan sopan santun penuh adab; nak menjual tetapi tidak boleh direct nak menjual dsbnya.

 

Kalau nak perfect dan nak kejung-kejung ikut peraturan bahasa, itu pilihan masing-masing. Apa yang pasti dengan adanya teknologi dan komputer sejak tahun 1990-an hingga kini, bahasa perniagaan khususnya dikuasai oleh ICT. Kewujudan SMS buat ulung kalinya telah mengubah corak penulisan ramai pihak yang menggunakannya kerana dihadkan oleh bilangan aksara setiap kali penghantaran mesej.

SMS sample

Selebihnya sekarang, dah terlalu banyak ringkasan perkataan dalam pelbagai bahasa termasuk bantuan ikon emoji menjadikan copywriting lebih mencabar dan menarik. Tengoklah pemulisan kita dalam whatsapp, messenger, telegram, wechat, snapchat dll. Terpulang. Terpulang kepada diri sendiri nak tulis dalam gaya yang sebetulnya tau tibai jelah mengikut arus asalkan matlamat penulisan anda berjaya dan bank penuh berisi.

 

Yang tak sabar nak tahu macam mana menulis iklan/ copywriting dengan berkesan tu boleh masuk kelas dengan ramai pengajar di luar sana. Ada kelas online dan ada kelas offline. Suka hati. Nak belajar sendiri pun boleh. Jangan hentam keromo saja. Saya dulu pun macam tu la, main hentam sebab boleh belajar sendiri. Jadi juga cuma banyak la pelaburan masa terlebur dan pelaburan kebodohan juga. Nak masuk kelas memang tak ada la yang percuma. Tapi harga kelas ada yang murah ada yang tak berapa nak murah. Pilihan masing-masing.

 

Saya tempek satu url daripada Sifu FBAds di mana dalam video itu, Adik Nabilah ceritakan apa perlu ada dalam copywriting yang dia pelajari bersama Sifu FBAds.

[Ps: Saya bukan agen Sifu FB Ads dan saya tidak dibayar apa-apa untuk tempek url beliau di sini. Jadi semua kredit goes to Sifu FBAds dan Adik Nabilah ya] Tekan tajuk di bawah yang berwarna kuning gold ni ya.

Copywriting ala Sifu FBAds oleh Rosebella Adik Nabilah

 

Slide1
[Kredit Sifu FBAds dan Rosebella]

Akhir kalam saya ini, saya hanya ingin memastikan kita semua faham apa itu copywriting dan mengapa copywriting menjadi kegilaan ramai peniaga di media sosial hari ini. Itu je dalam posting say akali ini. Selebihnya terpulang kepada tafsiran dan kebijaksanaan masing-masing.

 

Beranikan diri dan buat sesuatu yang baharu dan menarik agar anda kekal relevan dalam perniagaan anda sama ada di online atau offline.

 

Adios!

 

SPPK saying sayonara and mucho gracias!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s