#1: MENGAPA NAMA E-MEL KENA RINGKAS DAN MUDAH UNTUK PERNIAGAAN?

Kalau nak berniaga di Facebook dan Instagram, atau salah satu, kita kena ada akaun E-MEL. Akaun e-mel ni ibarat alamat rumah kita kalau di rumah. Jika dibandingkan dengan kedai, e-mel merupakan alamat kedai. Jadinya, e-mel ni alamat kedai kita di alam internet.

Boleh boleh?

Akaun e-mel ni ada banyak cara nak buka. Saya nak kongsi cara saya sahaja. Sebab saya suka buka banyak akaun e-mel dan setiap akaun saya tiada masalah langsung bila buka dengan GMAIL. GMAIL ni kira macam ‘developer’ rumah la. Setiap ‘developer’ akan sediakan nama jalan, nama taman dan nombor rumah… begitulah juga penyedia e-mel macam GMAIL.

Zaman sekarang kalau ada yang tak reti buka akaun e-mel memang juling mata orang sebelah tenung. Selama ni hidup kat mana yang tak ada e-mel? Kira macam tu lah tahap peliknya. Tapi memang ada yang tak pernah ada e-mel sebab dia pakai handphone yang tak 3G. Tak pernah ada kerja makan gaji. Tak pernah belajar kat sekolah… dll.

Tak kisahlah apa jua alasannya, sekarang nak berniaga di Facebook atau Instagram kan? Jadi kenalah ada akaun e-mel. Mudah sahaja bagi yang belum pernah ada… saya akan tunjukkan secara mudah bagaimana di bawah nanti.

Sebelum itu, saya nak berkata-kata pasal alamat e-mel pilihan masing-masing. Kalau nak nampak profesional, jangan lah letak nama pelik-pelik sebagai e-mel. Kita tahu, kita faham, kita ingat tapi orang lain yang nak salin e-mel kita tu… bila dengar pelik-pelik ni memang menanah telinga. Banyak kali kena tanya dan eja. Banyak kali juga e-mel tak sampai sebab silap taip alamat e-mel masa nak hantar e-mel.

Tips saya kepada yang baru nak buka e-mel… yang dah ada e-mel, sila buat baharu jer lah sebab alamat e-mel dah buat tak boleh ubah. Password boleh tukar kalau lupa. Tapi alamat e-mel dah diluluskan tak boleh guna dah sampai bila-bila.

Tips menamakan e-mel:

  1. nama yang mudah disebut dan didengar
  2. nama mudah dieja
  3. nama yang tidak terlalu panjang
  4. unik tetapi menyamai nama perniagaan

Tak banyak, 4 jer saya pesan. Jangan banyak-banyak. 4 ni pun belum tentu dibuatnya… Faham ke faham? Nak contoh kan? Macam ni…

Saya jual ikan bilis. Ikan bilis ni saya ambil dari kedai di Pulau Pangkor. Nama kedai itu ialah Pangkor Bilis. Saya ambil dan jual semula. Packaging semua kedai tadi dah siapkan. Saya tinggal jual sahaja pada harga saya. Saya nak luaskan pemasaran saya dan memilih Facebook sebagai platform kedua. E-emel apakah yang saya wajar namakan kedai Facebook saya itu?

Dalam kes di atas, saya lebih suka menasihatkan anda untuk tidak menggunakan nama ‘brand’ yang kedai Pangkor tu guna. Meskipun ada pihak yang berpandangan menggunakan ‘brand power’ kita dapat kelebihan trafik tetapi saya mempunyai pandangan yang sedikit berbeza sebab branding itu boleh mengakibatkan kos pengiklanan saya di Facebook jadi mahal.

Saya akan elak daripada menggunakan nama Pangkor Bilis sebagai e-mel –> pangkorbilis@gmail.com misalnya. Saya akan memilih untuk menggunakan jenama umum yang tidak mengikat nama saya mahupun nama bilis itu tadi.

Kenapa?

Kenapa bilis@gmail.com pun tak sesuai ke? Nak guna juga terpulang. Tapi bila saya dah buat kedai, dengan reputasi dah baik, kedai Facebook saya dah ramai orang datang, dah banyak followers, dah mantap… tetiba saya nak jual sotong kering pula. Bilis dah tak laku dah. So, nak tukar pulak ke e-mel? nak namakan pula ke kedai yang lain?

Cer pikir…

E-mel yang kita namakan tadi tu, kita akan guna untuk daftarkan kedai Facebook kita. Tak ada e-mel tak ada kunci kedai. Dan yang bestnya, bila nama e-mel kita dah sesuai, tak susah juga nak pilih nama kedai di Facebook. Saya memang suka padankan e-mel dan nama kedai di Facebook?

Kenapa?

Satu sebab nampak profesional.

Kedua sebab pelanggan saya senang nak ingat. Prospek senang nak taip e-mel jika saya minta. Chances nak silap taip tu akan lebih rendah.

Ketiga sebab mudah saya nak uruskan urusan e-mel yang saya ada. Satu kedai Facebook sebaiknya satu produk sahaja. Jadi satu kedai Facebook satu akaun e-mel. Senang nak urus. Lagipun semua e-mel tadi tu, kita boleh buka melalui satu apps saja dan tukar-tukar nama… semua pada satu sentuhan jari sahaja. Tak serabut dan lebih terurus.

Tapi kalau nak juga letak panjang-panjang nama e-mel dan nama kedai di Facebook lain, terpulang. Pilihan masing-masing.

Kalau nak satu e-mel untuk semua perkara peribadi dan perniagaan pun terpulang.

Dan kalau nak satu kedai Facebook tu longgok, campak semua jenis barang sekaligus macam kedai serbaneka (mak saya suka sebut kedai serba mak nenek), memang ke laut lah yer… bukan banyak sawang dan berhabuk jer… duit tak masuk la nanti. Bab ni saya kena bertegas. Satu kedai Facebook satu produk sahaja. Itu yang terbaik.

Cara nak buka e-mel di GMAIL mudah sahaja. Klik di PENDAFTARAN E-MEL DI GMAIL BAHARU ini untuk terus ke laman GMAIL dan isilah kotak-kotak yang disediakan macam paparan di bawah itu.

gmail BAHARU

PS: Nama e-mel yang kita taip jika belum ada orang lain guna lagi maka akan diluluskan. Kalau dah ada orang lain guna, terpaksalah cari nama e-mel lain.

Nota: Kedai di Facebook ialah Akaun Facebook PAGE. Nanti saya sembang kenapa kena ada Facebook Page dan bukan Akaun Facebook PROFILE (personal) kalau nak berniaga di Facebook dalam entri yang lain. Di bawah perbandingan yang saya rujuk daripada sumber lain untuk makluman buat masa ini.

 

infographic-fb profile vs page

kredit: Easykey

 

 

One thought on “#1: MENGAPA NAMA E-MEL KENA RINGKAS DAN MUDAH UNTUK PERNIAGAAN?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s